Biodata Eksekutif Pengarah Urusan Syarikat Mayazia

  

Dato’ Hj Kisham@Khairul Bin Dato’ Hj Othman merupakan usahawan yang amat tersohor di Kelantan. Ini terbukti melalui kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh beliau dalam bidang automatif dan pengiktirafan yang diberikan oleh pengeluar kereta seperti Toyota, Mitsubishi dan pengedar kereta dari Jepun, UK serta Afrika.
Selain itu, beliau juga diiktiraf oleh Persatuan Kereta Import Malaysia (PEKEMA) dan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai usahawan automatif yang berjaya.

Bermula sebagai jurujual pada tahun 1988, beliau mempelajari selok belok perniagaan kereta dengan kereta terpakai dan seterusnya kereta import.

Dengan minat yang mendalam dalam bidang automatif serta mempunyai interpersonal skill yang tinggi, beliau diiktiraf sebagai jurujual yang terbaik dan seterusnya diberi kepercayaan untuk menguruskan Aman Razak Auto Sdn Bhd sebagai Pengarah Urusan pada tahun 1993.

pekema

Tugas menguruskan sebuah syarikat automatif yang baru berkembang tidak mudah, apatah lagi ketika Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997-1998. Setelah hampir 5 tahun, pasaran automatif pulih sepenuhnya dari kegawatan ekonomi yang melanda. Dalam tempoh kegawatan ekonomi, jualan kereta import jatuh teruk dan ramai usahawan automatif bankrap serta gulung tikar.

Atas kebijaksanaan Dato’ Hj Khairul, beliau mengubah strategi perniagaan yang ada dengan memfokuskan pada jualan kereta terpakai sahaja. Langkah ini terbukti berjaya menyelamatkan syarikat seterusnya mengembangkan perniagaan dengan mendapat hak pengedaran untuk jenama Proton, Toyota manakala Mitsubishi dan Suzuki pula menyediakan servis 3S iaitu jualan, perkhidmatan dan alat alat ganti (sales, service, sparepart).

Didorong oleh minat sejak kecil lagi dan berbekalkan motivasi yang tinggi, Dato’ Hj Khairul mengambilalih perniagaan iaitu Syarikat Mayazia Sdn Bhd pada tahun 2012. Bermula dengan 6 orang staff dan sebuah showroom, perniagaan beliau berkembang dengan pantas serta membuka tiga showroom kereta import iaitu dua di Kota Bharu serta satu lagi di Autocity Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Februari 2015 dan menyimpan stock sehingga 100 buah kereta import dalam satu-satu masa.

Berbekalkan pengalaman lebih 27 tahun dalam perniagaan automatif, beliau juga telah membuka Syarikat Mayazia Auto Sdn Bhd. iaitu perniagaan membeli dan menjual kereta terpakai bagi memastikan kemudahan untuk pelanggan kereta import menjual kereta lama mereka secara trade in.

Syarikat Mayazia Sdn Bhd juga memiliki bengkel kereta Aman Indah Autocare Sdn Bhd dengan lapan orang mekanik yang terlatih. Ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan secara terus kepada pelanggan dan memastikan pelanggan Syarikat Mayazia mendapat warranty yang lebih lama iaitu maksimum sehingga 2 tahun. Tempoh 2 tahun warranty ini jarang ditawarkan oleh pengeluar kereta import yang lain.

Dengan kelebihan tersebut, jualan kereta meningkat setiap tahun serta jenama Syarikat Mayazia semakin dikenali bukan sahaja di Kelantan, malah ada pelanggan yang datang dari seluruh Malaysia kerana tertarik dan yakin pada reputasi syarikat.

Sehingga hari ini, syarikat bersekutu yang dimiliki oleh beliau mempunyai seramai 150 orang staff.

Kejayaan demi kejayaan tidak melekakan Dato’ Hj Khairul untuk melebarkan lagi perniagaan beliau dengan membuka cawangan Syarikat Mayazia Sdn Bhd di Terengganu serta berhasrat untuk membuka perniagaan motorsikal berkuasa tinggi di Kelantan dan berhasrat untuk mendapat hak pengedaran Proton dan Subaru pada tahun hadapan. (Insya Allah)

Dato’ Hj Kisham@Khairul Bin Dato’ Hj Othman
Pengarah Urusan
Syarikat Mayazia Sdn. Bhd.